twsimkad.com

Panduan Mengaktifkan Simkad.



1. Pastikan simkad berada ditangan anda.

2. Klik Link WOW-Daftar introducer yang anda dapat dari introducer anda. Lebih mudah jika anda perolehi daripada wasap. Tinggal klik sahaja.

3. Install App Wowdaftar dari Tonewow.
twsimkad.com

4. Sahkan nama introducer anda, kalau betul teruskan.
twsimkad.com

Jika nama introducer tidak betul, sila hubungi introducer anda untuk dapatkan Link WOW-Daftar dia yang betul.

5. Scan barcode belakang simkad.
6. Masukkan nombor PUK yang juga terletak dibelakang simkad.
twsimkad.com

7. Pilih 4 digit nombor dibelakang yang anda minat atau kekal nombor lama.

8. Jika anda ingin kekal nombor lama, masukkan nombor lama dan taliannya (telco). Sebelum itu anda perlu mengetahui syarat2 untuk mengekalkan nombor lama.

  • Semua nombor dari talian lain spt Maxis, Celcom, Umobile, dll boleh dipindahkan masuk kedalam simkad Tonewow, kecuali nombor DIGi tidak boleh dikekalkan kedalam simkad Tonewow.
  • Nombor yang anda gunakan sekarang, walau pun ia nombor post-paid yang menggunakan bil, ia boleh dikekalkan kedalam simkad Tonewow. Jika perpindahan itu berjaya, maka ia akan menjadi nombor prepaid.
  • Nombor yg ingin dikekalkan mestilah nombor yang dahulunya anda daftarkan menggunakan IC anda sendiri .
  • Kalau anda menggunakan post-paid, pastikan tiada bil tertunggak.
  • Kalau menggunakan perkongsian bil, pastikan anda asingkan terlebih dahulu.

9. Tangkap gambar IC. Pastikan cahaya mencukupi, dan kedudukan IC tersebut tidak senget.

10. Ambil gambar selfie. Pastikan muka anda sepenuhnya memasuki line putus2, dan pastikan background dibelakang anda tidak terlalu serabut.

11. Tick kesemua kotak kecil dan submit.
twsimkad.com

12. Jika anda memilih untuk menggunakan nombor baru, simkad tersebut sudah berjaya diaktifkan. Masukkan sahaja ke dalam hp, simkad sudah boleh digunakan.

Anda boleh KLIK DISINI untuk belajar cara-cara menggunakan simkad Tonewow ini.

Untuk tambah kefahaman lebih lanjut, anda boleh tonton video ini.



13. Jika anda memilih untuk mengekalkan nombor lama, JANGAN masukkan simkad ke dalam hp lagi, kerana simkad tersebut belum boleh digunakan, masih belum aktif lagi. Anda perlu melalui beberapa proses tambahan lagi.

  • 13.1: Selepas anda selesaikan melakukan pendaftaran diatas tadi, anda akan menerima satu SMS pengesahan daripada talian lama anda. SMS pengesahan ini adalah bertujuan untuk mengesahkan yang anda adalah pemilik sah nombor tersebut.

  • 13.2: Anda perlu menjawab dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang diberikan. Klik disini untuk melihat contoh SMS dan cara menjawabnya.

  • 13.3: Selepas anda menjawab SMS Pengesahan dengan betul, biasanya ia mengambil 24 - 48 jam proces pertukaran talian akan berlaku. Biasanya dalam tempoh tersebut talian lama anda seperti Maxis, TuneTalk, Umobila, Celcom akan menghubungi anda dan membuat berbagai-bagai tawaran untuk mengelakkan anda dari berpindah ke talian Tonewow. Sila beritahu mereka yang anda telah membuat keputusan untuk berpindah ke Tonewow.

  • 13.4: Selepas anda menjawab SMS Pengesahan dengan betul, tiba2 telefon anda tiada line, itu menandakan yang permohonan kekal nombor lama anda sudah berjaya. Sila keluarkan simkad lama tersebut, dan masukkan simkad Tonewow anda kedalam handphone. Anda akan dapati simkad tersebut telah pun menggunakan nombor telefon lama anda.

    Anda boleh KLIK DISINI untuk belajar cara-cara menggunakan simkad Tonewow ini.

  • 13.5: Jika selepas 48 jam, anda masih tidak dapat SMS Pengesahan dari telco anda, besar kemungkinan yang anda bukan pemilik nombor tersebut. Nombor tersebut dahulu didaftarkan bukan menggunakan IC anda. Sila buat pengesahan dahulu dengan talian lama tentang pemilik nombor tersebut. Jika memang betul yang nombor tersebut bukan didaftarkan dengan IC anda dahulu, maka anda tidak boleh menggunakan simkad Tonewow dengan mengekalkan nombor tersebut. Anda hanya boleh menggunakan simkad tersebut dengan menggunakan nombor baru. Anda boleh mengulangi semula proses pendaftaran seperti sebelum ini.

  • 13.6: Jika permohonan anda gagal disebabkan anda tidak menjawab SMS Pengesahan tersebut dalam waktu yg ditetapkan atau jawapan anda salah kerana tidak mengikuti format yg mereka kehendaki, sila hubungi semula introducer anda untuk mereka applykan semula permohonan kekal nombor lama anda. Anda tidak perlu untuk mengulangi semula proses pendaftaran daripada awal.



Bantuan Pendaftaran:
Jika anda menghadapi apa jua masalah ketika melakukan pendaftaran ini, hubungi SEGERA introducer anda untuk bantuan.

Jika anda sudah beberapa kali menghubungi introducer, tetapi tiada respond, anda boleh hubungi terus ke admin untuk bantuan:

Admin: Habib Hafiz (Admin Duit2u.com)
Wasap: 01169210408.twsimkad.com



PERHATIAN:

1. Untuk belajar cara menggunakan simkad Tonewow ini, anda boleh belajar disini.



2. Jika anda berminat untuk mendapat duit sampingan setiap bulan, anda boleh sertai Program affiliate ToneGroup.